Imperial Day
Ahlan wasahlan ya Ramadhan~
Friday, 20 July 2012 ? 0 Atashinchi ?




Ye, bulan ramadhan datang lagi...huhu.. untuk bulan ramdhan kali ini sepenuhnya aku bersahur dan berbuka bersama family....hm sebelum ni dgn kawan2 hostel, biase la dunia 'student life'.... (sahur dan berbuka lauk kedai semuanya dgn kwn rindu jga kenangan tu.huhu... :) , entry kali ni aku nak cerita tntang kelebihan bulan yang mulia ini, ade banyak sebenarnya tapi ini yang aku nak share dgn korang...

1) -Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.


2) -Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.


3) -Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.


4) -Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.


5) -Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.


6) -Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

 bestkan,  banyak lagi kelebihan bulan ramdhan ni, dan kalau kite-kite sume tahu mesti kite rase nak bulan ramadhan selalu je dalam calender bulan2 lain x payah... huhu.. 













p/s: Ape2, pun aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua, moga ramadhan ini memberi seribu barakah....jalani ia dengan penuh keikhlasan...


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post